MUSLIHAT TERBARU LIM GUAN ENG!


GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa tidak mengetahui mengenai janji dibuat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk mengembalikan hak tanah penduduk Kampung Buah Pala.

Tertekan kerana ditulah janji, Lim hari ini menggunakan helah bela diri terbaru, menafikan pengetahuannya mengenai janji yang pernah dibuat.

Sikap individualistik Lim jelas kelihatan kali ini kerana kenyataanya itu bertujuan menyelamatkan dirinya sahaja.

Bagaimanapun, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, tidak menolak kemungkinan pemimpin PR lain ada membuat janji.

Rakyat hairan apabila Pakatan sering mengutuk BN yang katanya bersifat perkauman. Namun apa yang jelas penganugerahan 999 tahun tanah kepada Kg. Baru di Perak dapat diselesaikan dengan mudah.

Berbeza di Pulau Pinang yang juga dimenangi DAP, isu Kg. Buah Pala sudah setahun lebih tidak dapat diselesaikan, malahan berlaku blaming game, hang tuduh aku, aku tuduh hang.

Apakah sebenarnya motif Lim G Eng ini?

Rakyat kata: Kahwin tanpa akad, akhirnya masing-masing bawa diri lah.

Sign by Danasoft -